Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FYPP-22 SMART LETTER BOX INDICATOR

Untuk post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini saya ada menghasilkan SMART LETTER BOX INDICATOR. Idea ini tercetus setelah melihat banyak berita dari media cetak dan media elektronik yang memaparkan banyak kes pencerobohan peti surat dimana surat tidak sampai kepada penerima dan sebagainya. Kes-kes tersebut kian meningkat akibat dari kelemahan sistem yang sedia ada.

Projek ini merupakan satu projek yang menggunakan sistem penghantaran data melalui (Transmitter dan Receiver) ke LCD Display. Dengan menggunakan sistem penghantaran data, (Transmitter dan Receiver) digunakan sebagai medium penghantaran dimana isyarat boleh dihantar dengan cepat sekaligus memberi isyarat kepada pengguna tentang kehadiran surat dipeti. Oleh yang demikian masalah kelewatan surat atau dokumen dapat diatasi.

Kelebihan projek ini ialah pengguna tidak perlu memeriksa peti surat hanya melihat pada display yang akan memaparkan maklumat apabila surat dimasukkan (Contohnya: ROOM 13, You got letters). Input dan output projek ini telah diprogramkan menggunakan PIC16F873.

Flow Project;

Sensor ---------->> Transmitter----------->>Receiver---------->>Microcontroller(PIC)-------->>Display

Tiada ulasan: